Tuesday, May 11, 2010

LAUT MARANG - APO NAK DIKATO...


Trip nie merupakan trip tenggiri dan segala persiapan dan tarikh atas persetujuan tekong tetapi manusia hanya merancang dan yang MAHA kuasa menentukan.....Bot yang sepatutnya bertolak pagi telah ditunda oleh tekong pada jam 2 petang atas alasan bot tak boleh keluar disebabkan air surut...satu petanda dah....

Sementara nak menunggu jam 2 petang...Geng TAG meronda-ronda bandar Kuala Terengganu...apalagi Pasar Payang ler....shopping apa yang patut. Tepat Jam 2 petang dah terpacak dah kami dengan segala alat tempur dan umpan. Umpan sotong cumit 5 kg dan ikan selayang 3 kg sebagai taruhan atas kehendak tekong. Semangat berkobar-kobar disebabkan tekong memaklumkan hanya diunjam tenggiri dan ebek dah ada...tak payah pergi jauh....

Bot datang hampir jam 3 ptg....ok takper.....baru bertolak sejam lebih... tiba-tiba enjin bot meragam....bot terpaksa patah balik dan bot lain digunakan...daripada bot yang mempunyai tandas dan GPS termasuk sonar kepada bot kecik yang takde apa-apa....termasuk tekong yang tak pernah membawa pemancing.......bau-bauan malapetaka dah hadir.....kami sampai ke lubuk pertama jam 5.30 petang dan dimaklumkan akan bermalam disini atas alasan tak boleh pergi jauh lagi disebabkan hari hampir malam.

Semua sibuk menurunkan umpan walaupun dihati tertanam sifat curiga yang tinggi.....aiseh...arus mati agaknya...tiada gerakan tali walaupun telah menukarkan batu pada yang lebih kecik lagi. Aku yang dipertanggungjawab untuk menggunakan teknik hanyut lagi bermasalah.....sampai terpaksa membaling umpan jauh....guna belon pun tak pergi. Hanya Nazri yang dapat strike ikan Barat dalam anggaran 2kg..yang lain hanya beberapa ikan spesis batu sebesar tapak tangan. Malam tue pun keadaan masih sama tiada arus...dan ianya berlanjutan hingga keesokkan hari walaupun bertukar tempat...tempat baru nie memberikan Saari strike dengan haruan tasik dan dianggarkan dalam 20 kg lebih..tetapi disebabkan kecuaian tekong ikan tersebut terlepas....dan dalam sejarah TEKONG JATUH DALAM LAUT DISEBABKAN MENGANCU IKAN....lawaknya....satu bot riuh ketawa...bagi mengubat hati yang kecewa.....keputusan dibuat sebulat suara......BALIK...........dan 10.30 malam TAG sampai ke TEMERLOH. Terima kasih diucapkan pada Nazri kerana bermurah hati menumpangkan kami di rumah Mentuanya....dengan sarapan pagi nasi Dagang...peehhhh SEDAP.....Ada masa kita cuba lagi......USAHA TANGGA KEJAYAAN....

Sempat melawat ke Masjid Kristal


Bot asal yang sepatutnya membawa kami...
alahai...enjin rosak lah plak...


Laluan Muka Muara
yang dipenuhi konkrit penahan ombak


Tak tau nak buat apa......IKAN TAK MAU MAKAN


Trolling....Tiada kerjasama dari tekong
apa laaa...nasib


Senyum tak berapa nak senyum
dalam perjalanan balik


Pekena ikan fresh sebelum bertolak balik...Manisssss


niee lerrrr...termasuk hasil dari bubu tekong