Wednesday, May 21, 2014

Cabaran Memancing Radicare - Kolam Peragap Temerloh 3/5/2014

   Pada 3/5/2014 telah berlangsung satu pertandingan memancing 4 penjuru Cawangan Radicare Pahang iaitu Cawangan Temerloh,Jerantut,Jengka & Bentong.  Pertandingan lebih kepada mengeratkan silatulrahim antara pekerja disamping hamper sebagai simbolik hadiah.  Pertandingan ini merupakan kali ke 2 dianjurkan Cawangan Temerloh. Kali pertama diadakan pada tahun lepas (2013) di Kolam Batu Balai Paya Ketam Temerloh.  Pertandingan kali ini dijalankan di Kolam Peragap Temerloh.  Pilihan dibuat berdasarkan kolam tersebut terletak ditengah-tengah 4 cawangan yang terlibat dalam pertandingan.  Selain daripada itu, Kolam tersebut telah ditutup untuk penyelenggaraan selepas Raya tahun lepas dan masih belum dibuka kepada pemancing sehingga pertandingan ini diadakan.   Perbincangan bersama Tuan Kolam (Ar) telah dibuat dan beliau telah mengizinkan kolam milik beliau disewakan pada hari pertandingan ini.  Beliau juga telah memaklumkan stok ikan rohu dan patin telah dilepaskan 2 bulan sebelum hari pertandingan.  Oleh yang demikian, pihak kami rasa bertuah dapat memancing ikan yang tidak diusik dari Raya tahun lepas.  Confirm strike giler. Penyertaan kali ini sungguh memberangsangkan iaitu 44 peserta berbanding tahun lepas hanya 30.  Tahun ini juga syarat dilonggarkan di mana ahli keluarga boleh turut sama memancing.  Oleh itu, ramai peserta membawa isteri dan anak-anak.  Secara tak langsung menunjukkan sukan memancing antara sukan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga.


Antara peserta yang terlibat 
yang memeriahkan pertandingan kali ini.



Cawangan Temerloh



 Cawangan Jerantut


 Cawangan Jengka


 Cawangan Bentong


 Tekun geng jerantut menunggu umpan dimakan


 Pellet....umpan pilihan...cam umpan rahsia jer nie..


 Ada kalangan peserta membawa keluarga bagi  
memeriahkan pertandingan


 cucuk jangan tak cucuk...jgn 
tercucuk jari sendiri sudah..


 Nie umpan kalau ikan tak makan....
aku sekeh ikan..


 kesabaran...Nadi pemancing


 Lepak-lepak sambil menunggu ikan makan...


 Shida & suami...orang kuat belakang tabir...terima kasih


Hadiah hamper......semua peserta dapat 
walaupun tak dapat ikan


 Tauke kolam sedang menimbang ikan peserta


Peserta perempuan yang bertuah....bakal darah manis


 Santai......


 Sabor menanti geng jengka nie.....


 Cowboy...Patin 3.425 kg


Orang kuat Chenor..... Patin 3.625 kg


Adik Jerantut...Patin 1.825 kg


Rezeki anak.....Patin 5.665 kg


Bos Jengka..dengan motto...aku tak majal...
Patin 3.630 kg


Duan...satu-satunya wakil dari unit linen Temerloh...
katanya...dia sorang jer reti mancing....yg lain reti lipat kain jer...
Patin 3.785 kg


Adik asra....Patin 1.925 kg


Tok 4 Chenor.....nyaris-nyaris nk guna cacing dah...
Patin 1.845 kg


Fid....ikan pengantin.....Patin 7.985 kg...# 2


Zam Suarez...Jahanam mesin krokk aku...
Patin 6.275 kg..  #6


Tailong Tg. Batu....koi tak nak macing tepi sangkar dah...
 Patin 4.925 kg


Peserta tunggal wanita....
ikan mengamuk....ikan mengamuk...katanya & nyaris melepaskan joran...
Patin 6.350 kg..#5


Abg Macho 19 dgn Patin 7.140 kg...#3


Juara bertahan 2013..turun rangking.
.kali nie #8..Pacu 5.005 kg ...satu-satunya pacu dlm pertandingan


Tuah orang baru Yoe Korea...
CHAMPION...Patin 8.160 kg


  Hampir peserta menaikkan ikan pada tahun ini. Pemilihan Kolam Peragap sebagai lokasi pertandingan memang tepat.  Rata-rata mahukan kolam ini dipilih bagi pertandingan tahun depan.  Insha Allah....kita buat lagi.  Mungkin kita bagi cawangan Radicare lain pula menganjurkannya....kita tengok apa citer plak.  Oleh itu saya mewakili Cawangan Temerloh mengucapkan tahniah kepada pemenang dan jika ada kelemahan.. kami mohon maaf....& Terima kasih pada En. Ar selaku tauke kolam kerana mengizinkan kami mengadakan pertandingan di kolam milik beliau.