Thursday, December 17, 2009

Ehhh...TOMAN

Nak mancing mana nie......laut bergelora.......kolam peragap tutup plak.....sungai air besar. Cari haruan best jugak. Tapi dimana....Habis tempat dah aku gempur kt area temerloh nie. Kena cari port baru nie. Azhar kata ada port baik kt Mengkarak. Tak bleh jadi nih. Tangan dah menggigil tapi bila dia cerita port lagi satu...lagi tangan kuat mengigil. Biar betul...TOMAN ada kat sini. Rasanya dah hampir pupus dah. Kalau ada pun payah giler nak dapat dia. Setahu aku yang masih banyak lagi stok toman hanya kat taman larangan di temerloh dan mentakab jer. Kat Mentakab dah ditest oleh geng bujeng. Cuma kita orang tengah aim yang kt taman temerloh jer. Tapi lagi ditunggu makin banyak plak bodyguard yang jaga. Cisss...terkubur ler nampak gayenya impian yang tulus ini. Tapi bila azhar cakap port nie ada TOMAN....hati berbunga kembali...cehh..macam baru dapat salam dari awek jer. Tempat nie tak lah jauh. Kalau dari rumah aku cuma 5 minit jer. Port nie dah lama aku ushar. Masa aku mula-mula sampai temerloh pada tahun 2000. Tapi payah nak access. Pastu banyak mende-mende yang berbisa. Maklumlah paya terbiar. Paya nie air nya hitam tapi jernih. Naik lenguh aku ngodek dulu menggunakan umpan tiruan....HARAM. Yang naik semuanya kena guna khidmat pemanggil hujan a.k.a. katak. Nak baling umpan pun susah. Reba, kayu, semak dan rintangan lain pehhh...memang classs. Tapi ikan sepat punya ler banyak. Sampai meletup-letup air. Tapi bila azhar kata masa dia naikkan jaring ada seekor toman tersangkut baya-baya lengan. Confuse plak aku. Ada toman ker dalam paya niee.






Mana air paya nie... dah tertimbus ker..











Macam lubuk ikan Botak jer



Dengan semangat yang berkobar-kobar aku pun pergi sorang diri ke paya nie. Ajak fandi dia kata dh naik baru nak ikut. Cisssss...perli ler tue. Biar betul...semak jer paya nie. Camno nak casting. Aikk...sebelah sana kot...sebab macam clear jer. Patut ler..ada projek perumahan baru. Jadi kawasan yang bersemak dulu nie yang dipenuhi pokok acasia habis disodok. Aiseyman...boleh rapat ke gigi air dah.....wahhhhhh.....aku dah jumpa.







Perhatikan sebelah sana tue kawasan perumahan










Luas paya nie. Tapi semuanya bercarpet.



Gembira bertukar duka. Aku lupa yang hanya bawa set ringan ajer. Rod Mega Craft berpadanan dengan Cardinal 102 bertali tangsi 20 lb jer. Ini set kolam boleh ler. Main Toman mau berputih mata. Tapi set ini ler yang telah menaikkan ROHU 5 kg lebih di kolam peragap hingga ditahktakan rangking mingguan 2 kali. Gasak lah....kalau patah dan putus nak buat macamana. Laaa....Bala..bala. Kotak gewang tertinggal lah plak. Pehhh...lega, nasib baik soft plastik ada. Tapi bila aku perhatikan betul-betul....nahas nampak gayernya....mana tak nya. Sebenarnya paya ini berselirat dengan kayu acasia yang telah dbakar dan juga dahan serta rantingnya didalam air. Satu kubu pertahanan yang kuat bagi penghuni air disini. Soft plastik nie digabungkan dengan sudu kalis sangkut. Harapan semoga ada haruan yang sudi membahamnya. Pehhh...nak tercabut lengan dah....casting merata tempat...hasil tarak. Letupan air banyak sekali kedengaran. Tapi apasal culas sangat. Tak per...esok repeat balik. Semasa aku mengemaskan barang, kedengaran lagi letupan air dimerata -rata tempat. Geram betul.....jaga ler esok.





Perhatikan kayu dan ranting yang berselirat.







HARI KEDUA....pagi


Ini hari aku ditemani oleh saudara wan. Mancing dua orang syok ler sikit. Ada ler member untuk berborak dan yang paling penting kalau ada apa-apa berlaku bantu-membantu boleh dhulurkan. Apa yang penting kerjaaaa sama...hehhheehh. Dengan semangat berkobar-kobar aku pun melontar soft plastik semalam tapi bersenjatakan Red Wolf 6' dan berganding dengan Daiwa luvias 1500 berisi spiderwire cod red 30 lb. Wan menggunakkan set kolam jer...biar betul mamat nie....cam cari nahas jer. Kiri ke kanan...tengah ke tepi habis semua kawasan dilontar. Dari soft plastik hingga ker buyun digunakan. Malah wan menggunakan katak hidup pun takder sebarang sentuhan. Matahari dah mula terpacak atas kepala. Mengeluh wan...camno nie bang. Aku rasa ikan sini semua dah sekolah kot...tak pun dah kenyang dok melantak sepat. Tengok geng mancing sepat asyik dok naik jer. Aku menyarankan wan untuk rehat dulu. Sementara tu aku merapati geng pemancing sepat. 'amacam...dapat'..brader sepat tu tanya aku. 'Takder gigit pun bang..'balas aku. Tengok brader nie punya ganjut ikan penuh beb. Beliau memaklumkan dalam sehari mancing boleh dapat dalam 200 ekor. Fuyooo...banyak tue. Brader tu kata toman selalu kacau dia orang. Sepat yang dia panggil menggunakan dedak rahsia selalu diganggu toman. Brader tue menyarankan kita orang menggunakan anak keli jer...sebab itu hari member dia dapat toman menggunakan umpan tue. Aisey...guna umpan hidup, itu yang tak berkenan tue...tapi nak buat camno...kadang kala yang tradisional juga sebagai penyelamat dari MAJAL...Tengah aku leka berborak dengan abang tadi tiba-tiba wan menjerit memanggil aku...'cepat bang...ada ikan besar dok ikut nie tapi tak mau makan...'Laaa ikan haruan ker..tapi ada belang...besar pulak tue...sah toman...tapi apasal dia tak nak gigit. Mungkin soft plastik tue agak kecik jer bagi dia...tak kenyang kot kalau dia lantak. Cehhh...jam 1 petang kita orang pun balik...dengan hati yang terluka...cissss siap kau petang karang sambil berpesan dengan wan untuk mencari anak keli. Apa nak buat....hati panasssss.


Geng pemancing sepat









Wan sibuk melontar umpan...rajin budak niee...



Bayangkan lah sampai melepak atas dahan jer casting.....dah boring ler tue


HARI KEDUA....petang

Selepas asar aku pun bersiap ler nak ke port tadi. Call wan nak tanya kat mana...cisss rupanya dia dah sampai dulu. 'Bang cepat sikit....toman dah makan umpan keli nie tapi sangkut kat reba'. Aiseyman...kena cepat nie...,maklum ler risau takut mamat nie gi redah jer air paya. Bila aku sampai dia sibuk dok menarik ikan tu keluar dari reba..dan tiba-tiba tusssssss...ini ler bahana menggunakan set kolam. Tapi pelampung masih ada lagi kat situ. Aku pun mengeluarkan set aku dan menggunakan mata tiga bagi menarik pelampung. Akhirnya berjaya mendapatkan pelampung. Tapi masalahnya macamana nak menariknya...sangkut teruk gayanya. Aku mencadangkan wan supaya buat titi kayu dan mendapatkan pelampung semula...maklum ler ikan lesen. Alhamdulillah dapat juga akhirnya toman nie.

Guna lagi set kolam...kan dah sangkut.


Toman yang berjaya diambil dari pelampung yang sangkut direba belakang


Tersenyum puas wan...maklum ler lesen pertama toman


Catch n release..baru ler stok ikan tak terjejas.

Tak boleh jadi nih. Aku pun tanya berapa ekor dia bawa anak keli. 4 jer dan dah guna 2...maksudnya tinggal 2 lagi. Apa lagi aku pun guna ler umpan nie...nak buat camno..dia nak makan umpan tradisional. Tak lama penantian...tiba-tiba pelampung tenggelam dan tali mencurah-curah keluar...apa lagi sembatttt. Pehhh...kuat tenaga toman nie...bekerja keras Daiwa luvias 1500 aku diperah...kuat juga mesin kecil nie..tak sia-sia aku beli. Tiba-tiba ikan bertukar arah meluncur ke tempat yang sama dengan ikan pertama tadi sangkut. Cehhhh..sangkut plak. Adik beradik kot ikan nie....sama jer port melepaskan diri. Tengah aku sibuk mengacah supaya ikan nie keluar....tiba-tiba perkara yang ditakuti berlaku....tuuusssssss. Arggghhhhh...tidak. Putus juga tali sulam spide wire nie. Inilah akibatnya tidak menggunakan shock leader. Kemungkinan tali sulam tue dah luka akibat digeser pada reba. Apa lagi mata tiga digunakan untuk cuba mendapatkan pelampung yang asyik tenggelam timbul. Akhirnya ikan berjaya meloloskan diri dari reba bersama pelambung. Ke hulu hilir dia membawa pelampung tue...makin lama makin jauh, sehingga diluar jangkauan lontaran kami. Melepasss.....nasib badan. Tak dapat nak tengok besar mana. Member aku ghani dah siap dah untuk menangkap gambar. Harapan tinggal harapan.Umpan dah habis, pelampung tadi pun dah menghilang...dan ...mentari semakin suram...umpama bakal menyerahkan tugas pada si malam.


Tengah termenung bila ikan melarikan pelampung semakin jauh...takde rezeki.


HARI KETIGA...petang

Petang nie agaknya macam nak balas dendam kot..sebab wan membawa 10 ekor keli. Cantik. wan pun membaling umpan pertama....5 mint...10 minit...15 minit...aikkk tak der yang sudi ker. Aku hanya memerhatikan sahaja wan memancing. Ini hari aku bawa set heavy untuk dijodohkan dengan umpan anak keli ..Shimano Navy 8000PG dipadankan dengan rod Okuma Salina PE 3-4 disi dengan Berkley Whiplash 50lb Macam nak gi laut dalam jer...hehhheehhh. Nak buat camna lokasi berselirat dengan kayu dicampur reba. Kita tengok saper menang. Aku tengok pelampung yang wan baling tadi senyap jer. Tak kan toman tak terliur. 3o minit dah berlalu masih lagi takde usikan pada umpan keli. Aku masih lagi memerhati maklumlah kawasan tumpuan nie tak berapa luas kalau guna umpan hidup satu joran boleh ler..kalau dua digunakan takut tali bersimpul bila kena strike. Perlahan-lahan wan mengarau tali untuk memeriksa umpan mana lah tau dah kiok keli tadi. Umpan masih ok tapi takde sambutan. Wan beralih ke kawasan satu lagi disebelah kanan dan menyebabkan kawasan tadi line clear. Aku masih lagi teragak-agak untuk menggunakan ikan keli maklumlah baru pertama kali menggunakan dan sebelum ini lebih banyak menggunakan lure sahaja. Sambil aku lihat kotak gewang yang dibawa yang sebelum nie tertinggal...laaaa. Terlupa plak aku...pencil bait tak try lagi port nie. Gusar juga nak menggunakan...almaklum ler ada mata tiga..tapi bila difikirkan pencil bait bermain dipermukaan...ok kot. Perumpamaan pernah berkata...' belum try belum tahu..'. Semua mata tertumpu pada aku termasuk lah brader semalam yang mancing sepat. Agaknya dia orang berkata..'nak cari penyakit agaknya budak nie...nak ke toman gigit umpan tue..'. Dengan perasaan takut-takut berani dengan menggunakan joran 'ONG' aku semalam balingan pertama dilakukan. Tiada masalah...umpan melakukan aksi dengan baik dan tiada sangkutan pada kayu. Balingan kedua...selamat juga.Balingan ke 3...kayuh..berhenti...kayuh...berhenti....busssshhhhhh....bende yang boleh menyebabkan jantung berhenti berdenyut....strike...melentur maksima joran aku bila menahan larian ikan. Drag lupa disetkan...menyebabkan tali mencurah-curah keluar. Bagaikan baru tersedar dari mimpi....aku pun membuat lawanan semula...joran dipam dan drag diketatkan sedikit. Perlawanan seimbang tapi akhirnya ikan membuat larian maut menuju ke reba semalam. Argghhhh parah... sangkut lagi. SANGKUT....satu perkataan yang menjengkelkan bila berlaku. Tension betul...tarikan ikan masih terasa tapi risau juga tali sulam putus kalau dipaksa sebab..hehhheehhh...aku lupa menggunakan shock leader. Tiba-tiba brader yang mancing sepat tue menawarkan diri untuk memanjat pokok tumbang yang berada disebelah kanan aku supaya dapat menarik ikan kearahnya. Brader tersebut meniti diatas pokok lalu aku menghulurkan joran...sambil berpesan 'baik-baik bang....' tak tau ler samada ayat tu menyatakan kerisauan jikalau brader itu jatuh atau ikan terlepas kerana dilepaskan secara spontan. Percubaan brader tue berjaya...dan joran dihulurkan kepada aku semula dan cepat-cepat aku menggarau tali kerana dihadapan aku masih lagi banyak struktur kayu tenggelam lagi. Yesssss.....sorakan aku ngan wan. Berjaya juga aku menaikkan toman. Selepas sesi bergambar dilakukan aku menyuruh wan melepaskan ikan tu semula tetapi.....'Dik...bagi abang bawa balik...nak taruk dalam akuarium..' brader sepat itu berkata. Kelu lidah aku...tapi disebabkan beliau dah menolong aku tadi dengan berat hati aku meminta wan menyerahkan ikan itu. Nampaknya brader tersebut sudah mengemaskan peralatan memancing sepatnya. 'Terima kasih...kena balik cepat takut ikan toman nie mati plak..' Hati masih lagi berdebar-debar lagi...macam tak caya jer..dah naikkan toman menggunakan pencil bait.


Situasi menarik ikan diatas pokok tumbang atas pertolongan brader pemancing sepat.

Ikan dipeluk...maklumlah lesen pertama


Satu untuk rendam dan satu untuk casting

Wan masih setia dengan penggunaan ikan keli

Dengan penuh keceriaan balingan pun dibuat.....1...2...3..4......dan balingan ke 5...dusssshhh...satu lagi strike. Belajar dari kesilapan tadi...tak kasi can...joran terus dipam...tanpa bagi peluang ikan melarikan diri dan memendekkan masa perlawanan. Ketika ikan berjaya dinaikkan atas hamparan lumut tebal aku dapati mata tiga tidak tertancap kemas dimulut hanya sedikit sahaja. Besar ikan toman ni. Panjang dan gemuk...dan toooiiiing...mata tertanggal dari mulut dan ikan masih diatas hamparan lumut lagi. Camana nak ambil nie...aku cuba memijak hamparan tersebut....tenggelam kaki aku. Berderau juga sebab tempohari aku pernah terjatuh dan airnya paras dada...pastu...lintah wooooo. Aku tengok ikan tue sambil memikirkan cara dan aku perhatikan dengan perlahan-lahan ikan itu berpusing sambil mengucapkan selamat tinggal babyyy....ikan tersebut berjaya menyelit dicelah bukaan hamparan dan terus menghilang. Wan berkata...'besar tue bang...' nak buat macamana...takder rezeki untuk bergambar.

Inilah dia Yo-zuri hydro pencil bait yang berjaya membuka selera toman

Barisan umpan yang telah dicuba...

Umpan anak keli...masak lomak cili api lagi best..

Hari pun dah lewat petang...lesen pun dah dapat...tapi umpan keli wan masih lagi tak terusik pelik juga. Rasa-rasanya toman payah nak tolak umpan nie. Aku pun mencadangkan barang dikemas dan sambil membuat beberapa lontaran last....dan...satu lagi strike...ikan berjaya didaratkan....pendek tapi gemuk dan boleh tahan saiznya. Pada hari ini 10 sambaran berlaku tetapi hanya 3 sahaja dinaikkan yang lain...rabut. Nampaknya hajat untuk mendapatkan toman tertunai sudah dan sapa sangka ianya boleh dipancing bagitu dekat sahaja dengan penempatan orang. Tapi..sebenarnya hati tertanya-tanya sampai bila agaknya ikan tersebut berjaya bertahan dalam paya itu tanpa ancaman dari pemancing yang membawa balik dan yang lebih merisaukan projek perumahan ditepi paya tersebut sudah mula menampakkan aktivitinya. Adakah paya itu bakal tertimbus seperti mana nasib-nasib paya yang lain disekitar temerloh yang sebelum ini meriah dengan haruan...dan rasa sedih kerana paya yang dihuni toman bukan senang dicari sampaikan ada yang sanggup turun jauh ke tasik-tasik glamour mencari toman sedangkan ikan tersebut berada didepan mata. Atas nama PEMBANGUNAN bakal pupus lagi satu khazanah PAYA yang kaya dengan isinya.


Mata tiga tertancap kemas

Gemuk ikan nie....