Thursday, January 13, 2011

Kolam Jerantut Feri

Unik sungguh kolam nie. Hanya ikan paya sahaja menjadi penghuni. Dikhabarkan lebih kurang 10 ribu ikan pelbagai spesis seperti puyu, sepat, haruan, talipia merah serta patin dilepaskan. Berkonsepkan pancing percuma hanya ikan yang ditangkap dibayar sekiranya hendak dibawa pulang dan harga amat berpatutan. Tetapi pemancing boleh melepaskan semula ikan yang dipancing jika tidak mahu bawa balik. Joran adalah bebas sama ada mengunakan pole atau rod & reel. Casting haruan pun boleh tapi jangan sampai ganggu orang mancing sudah.

Baru-baru nie aku mencuba nasib ngan Khairul, Wadie serta Amri. Amri yang banyak tahu pasal kolam nie dan pancingan beliau sebelum nie berjaya membawa pulang setengah kilo ikan puyu hasil pancingan selama 2 jam.


Kolam yang bersebelahan dengan jalan utama

Guna joran batang salak jer..baru ada feel....

aku beberapa kali memintas kumpulan anak haruan..ngan set casting
tapi..makcik nie yg berjaya naik..guna umpan anak belalang jer...
cisss..kira kalah ler ngan makcik nie....heheheheheh

lama sangat perhati pelampung....kan dah sakit lutut..heheheh

Geng makcik makcik jer...sekejap jer puyu tertiarap...

Kolam yang luas..tapi majoriti menggunakan pole...

Dengan adanya kolam berkonsep macam nie dapat ler lepas gian memancing ikan paya. Paya sekarang mana sangat ada ikan. Kebanyakan semua dibedal oleh geng jaring. Stok ikan jangan cakap ler...takut satu hari nanti anak cucu kita hanya dapat kenal ikan paya kat kolam macam nie sahaja........